Waktu ini aku mahu ruang
Untuk segala khilaf yang telah sama sama hanyutkan kita
Dan untuk itu aku mahu sendiri
Merenung hari semalam yang masih berawan kelam
Mencari sinar untuk hari esok, lusa, dan seterusnya
Aku mahu cahaya yang terang
Cahaya yang bisa membunuh segala pahit semalam
Yang aku butuh untuk menghancurkan segala kepingan emosi ini
Untuk segala khilaf yang telah sama sama hanyutkan kita
Dan untuk itu aku mahu sendiri
Merenung hari semalam yang masih berawan kelam
Mencari sinar untuk hari esok, lusa, dan seterusnya
Aku mahu cahaya yang terang
Cahaya yang bisa membunuh segala pahit semalam
Yang aku butuh untuk menghancurkan segala kepingan emosi ini
Di suatu sudut dunia:
aku masih belum cuba membayangi drama fantasi di pelangi
aku masih belum nampak cebisan nafas pada debu yang terbang di alam itu
aku masih belum percaya bahawa titisan kondensasi ini mampu menghilang segala kehausan cinta aku padanya
Pada suatu sisi lagi:
saat itu..
aku lepaskan kau ke langit biru
agar kau bebas dari segala kecelaan emosi
agar kau dapat hidup tanpa batasan pilu
dan aku tak mahu kau tunduk pada jiwa ini
yang masih kabur tapi mahu dimengerti segala
tatkala itu
aku fahami
hati aku selalu untuk kau seorang
Cuma emosi ini mengganggu gugat segala harmoni yang kau bawa
Langsung hancur disumpah bencana
..........
Sepurnama ini segala langit telah aku redahi
untuk mencari episode baru fantasi itu
dan tika aku hampir hilang nyawa berperang dgn situasi
aku jumpa dia
di celahan warna terang sang pelangi pagi
melambai lambai
memanggil manggil riang
dia janji akan buat aku senyum kembali
akan bantu hilangkan segala resah, segala kabut yang serabut, segala simpulan ketat akar hitam yang berpaut dalam tanah hati
dia janji akan lerai segala ini
maka itu. Sungguh.
Buat aku senyum lebar.
pelangi terang itu,
pautan tetap aku pada sangkala ini
pada dia saja aku bercerita segala noda silam
Agar keruh jadi jernih
Agar hitam bertukar putih semula
..........
Langit biru aku pandang dengan 1001 maksud kekosongan
Jauh dan amat dalam
Langsung tak ada siapa yang mengerti