Sang mentari
Esok
Sinar lah aku yg buta dan leka
Asal aku nampak walau sedikit
Tak akan putus doa dalam jiwa
Tak kan kering bibir dengan zikir
Sang mentari
Lusa
Kau dtg lagi ya
Beri sinar pada aku yg sepet serta masih lara
Besarkan yg sepet agar jadi celik
Asal luas sedikit pandangan ini
Tak kan pernah putus taubatku pada DIA Yang Maha Esa
Sang mentari
Tulat
Tolong dtg semula
Pancar pada muka merah ini
Yang celik ini kau buka seluas samudera
Terang dan langsung tak ada serpihan derita lagi
Sumpah
Kali ini ..
Sujudku pada DIA takkan terhenti selama-lama aku bergelar hamba-NYA
Tuhan
Syukur aku panjat pada MU
KAU jadikan dia untuk aku
Jadi aku hanya mahu dia dalam nyawa ini
Harapan aku cuma mahu sang mentari muncul lagi
Datang dan jangan pergi tinggal aku sendiri
Dan jgn pernah sekali biar kegelapan menemani diri lagi
Suria itu teman tika aku membungkam diri
Bandu bicara aku tika siang itu sepi
Sampai akhirnya dialah segala
Dari melodi jiwa sampai irama sukma
Panjangkan siang agar aku sentiasa bersemuka dgn dirinya
Tuhan
Akhir
Paling terakhir aku minta
Aku mahu hidup bersama Sang Mentari
Aku ttp mahu bersama biar sampai ajal menanti
0 comments:
Post a Comment