Saturday, October 31, 2009

lalala~

oh ya kwn2.
si kambing ni hanya wujud di kampus aku sahaja
yaya. kt negeri **** ni jek
xde kt tmpat lain dah

so jgn wisau. dye x kn buat hawau kt tmpt u all
*maksudnye. jgn la terasa diri anda kambing. anda manusia :)*

haha. kambing. sowi.
mmuah~

warkah berlagu pilu

ke hadapan si kambing hitam yg tgh enak je tido tanpa fikir perasaan member bilik sebelah,

aku dah x rasa rindu kat kau lagi. lepas ni pun aku akan buat x tahu je kalau kau dtg jenguk aku. ampun kambing. aku bukan tanak kawan dgn kau. tp aku rasa, spesies aku mn leh kwn ngn spesies kambing. MALU dow! hahaha. guwau ar wei. di sini, aku nak nasihatkan kau. jgn amik caffeine terlalu banyak. kambing boleh jadi palau kot. haa. jgn ye. dan kau jgn lupe mandi everyday. letih aku mencium bau kau yg...hm kau faham2 ar sendirik. kau kan hensem. x bleh ar gitu. awek lari. aku tade ar lari. aku hempap je kau teros *aku kn gajah*. hahaha. [eceli si kambing ni wangi je. mandi hari2. sengaja reka cite untuk bls dendam :p] oh ya. sebelum aku chow. aku nak bgtau kau. kau kan dh feymes sjk kebelakangan ni. jadi. ade pulak manusia yg perasan dirinya kambing. terus terus je perasan. dh la manusia, terasa nak jadi kambing lak kan. hehe. bialah dia kambing. ape2 pun, kau jgn berhenti menulis ye. jgn jgn jgn. sbb segala tulisan kau mmg hebat. DAN...jgn lupe tolong aku seal segala plate dkt lab k! jgn wat sepah suda. ketuk kepala baru tao. heh. till then. bye kambing. i hate yu so much. agagagaga :D


sepenuh keikhlasan dan kejujuran dari hati nurani,
gajah ramping dan tdk gemuk
*sile faham*

w h a t ever

sesungghuhnye
sy menconteng mukasurat ni hanya untuk suka2
tade la 100% aku campak semua benda kt sini wokeh
sile faham
dan jgn perli belakang
mau perli, dtg dpn gua
*ehh. rasa bgs pulak pmpuan ney*

i want to believe in more than you and me

aku tak suruh kau tunduk melutut sujud pada aku
aku cuma nak kau faham
aku mahu sendiri buat masa ini
layan puisi2 dan ayat bangang aku
ini benar benar buat aku tenang

*to find perfection in my pride..ehh??*


walau kau kata kau perlu aku
amat perlu
walau kau kata kau cinta aku seorang
amat cinta, hanya aku

tapi aku perlu masa...

untuk cungkil bintil hitam yang tumbuh pada satu sudut hati
yang kian menjalar ke setiap penjuru kalbu
yang kian besar, semakin berlalu sang hari
sungguh, sakit datang seribu satu

sampai hilang semua kehitaman yang hanguskan jiwa aku
mungkin hanya pada waktu itu sahaja, aku jadi cinta kau semula
tapi itu hanya mungkin
jangan terlalu berharap hati
kerana sesungguhnya
harapan itu mungkin perlu untuk dia
dia lebih perlu dari aku
dia yang satu lagi sentiasa ada untuk kamu
curah rasa pada dia
beri cinta pada dia kalau kau mampu
aku tak paksa
dan aku sedia
..undur diri


*sekali lagi. ayat bodoh aku telah ditaip dan di-published. lol*

aku suka senyum sorang2 dan layan kambing hitam.for now lah~
kau bace kan kambing?
kau jgn gelakkan aku okhay :D

jgn jadi begini *hehe*

saya sopan, awak sindir saya mcm A. Samad Said (kerana ayat2 beliau yg kacak dan bertatasusila). bile saya cakap kimak, awak kata saya perempuan sundalan.

jadi bersyukurlah wahai awak sang lelaki
kalau perempuan tu cuba jadi baik
beri sokongan
jangan kamu tambah beban
dan kepada yg perempuan tu
kalau lelaki tu susah sgt nak berubah
ajar baik2
tunjuk sikap care dan manja you tu
jgn jadi mcm i
i kepala hangin
kerusi meja pun patah kalau i mengamuk

*i x kate i kuat. i cuma sampaikan yg i sukar nk kontrol mrh*
*maka. u all kt luar sn yg hot tempered mcm witch of the west tu, sejuk2 kn lah hati u all ok. i pun tgh cuba. menulis puisi jadi terapi baru. walau bongek dan bangang bunyinye n selalu terima ejekan+makian. i x kesah. i belajar suda. u shadap kalau u tatau pape. wokeh. beresss*



hujan lebat: ini cuma contoh dan perumpamaan

Friday, October 30, 2009

kepasrahan yang selalu diperkotak katikkan

*yelah. mmg la aku kisah. kalau tak, x kan titisan yang membencikan ni mengalir kt pipi aku*

hati yang memang sedia robek
hancur dan lumat langsung
kau nak cakap aku PASRAH??
ye mmg aku pasrah
hati pasrah ni lah yang pernah kau sanjung
yang kau junjung bagai nak gila
jiwa pasrah ni lah kau kata paling jelita
paling gempak antara semua
terbaek dow!

sebab selama ni aku sorang je yang layan ayat2 PASRAH aku
kau ape tahu
kau tahu gelakkan aku
sedangkan aku terkial kial cuba untuk bangun dari perasaan sedih amat ni
ya
teruskanlah gelak dan ketawa berdekah dekah lihat ayat PASRAH aku


middle finger aku kasi kat lelaki lelaki mcm ni
x kesah la kau siapa
kalau kau terasa baca entri aku yg macam *celakasss* ni
padan la muka kau
aku tak kan 'heran' sikit pun apa kau rasa
selama ni pun kau x pernah rasa apa aku rasa
kau sindir-sindir sinis emosi aku
kau kata aku bodoh dgn segala ayat pasrah yang aku cipta
[lah. bukan kene bayar pon buat ayat cenggini]

aku tahu emosi aku sedikit pincang
dan kurang tepat pada waktu dan tempat
TAPI aku cuba untuk perbaiki
cuba jadi yang teratas untuk kau
ade kau pedulik?

lah. sememangnya aku emo
emo emo emo
sakit jiwa
tak mcm kau
kau normal

sekarang aku tgh pasrah gile
pasrah sepasrah pasrahnya

secara automatiknya, yakni tanpa menggunakan segala manualistik yg ade
aku secara peribadi dan formalnya
menyatakan

AKU SUKA HIDUP DALAM KEADAAN SEKARANG

jika aku x menjawab segala pertanyaan kau
itu maksudnya aku tgh PASRAH
dan mungkin bizi sesgt
atau mungkin malas nak layan
plus, mungkin aku tak dpt memberi sebarang jawapan dan komitmen lengkap aku pada ms tersebut
*sila cuba sebentar lagi. the link appears to be broken. try to refresh ur page*


untuk kau kau di luar sana:
syg weh. aku bukan x termakan pujuk rayu kau. cuma aku letih. letih dgn kesakitan yg selalu singgah. samada aku jemput kesakitan tu atau kau yg sedekah kat aku. jadi. aku perlu banyakkan masa rehat. kau juga sama. aku mohon maaf atas segala-gala. aku x hebat mcm siapa-siapa. aku cuma cik bata merah yg PASRAH. ok2. aku minta maaf. aku x perli kau. tapi aku suka perkataan PASRAH ni. dan aku bukanlah seorang yg suka ambil mudah dlm apa jua hal. aku x relax mcm kau. kau mmg since azali mcm tu. jd, kau enjoy lah hidup kau seperti sediakala. aku perempuan kasar. x sesuai untuk kebanyakan lelaki kt luar sana. ego aku susah nk turun level. but still, aku CONSIDER PSL KAU jgk kn?? [kami perempuan x kan bercakap benar ttg perasaan. kami takut kamu si lelaki rasa kami ni sgt lemah dan mudah tunduk pada ego jantan. kami pun ade ego betina okhay. jijik bunyi nye. tp ego ni mungkin sekejap. bisa di modified dan jadi baik serta merta. x pcaya? cubalah.]

kau cakap la ape kau suka
kau nak canang kat org pun tape
kau nk ckp ni balasan TUHAN untuk aku sbb aku pernah buat seseorg mcm ni?
CAKAP la
go on n tell the world
i dont care
bcoz it's obviously not my fault

aku berani sbb aku benar
kau pula cari salah aku
sdgkan kau terang terang salah

TAPI AKU TTP OFFENDED

maaf sbb ramai org lalu lalang n baca entri ni.
ampun ya.
aku tade niat nk burukkan kau
:)

KAU MMG LELAKI BAIK. AKU IKHLAS. TAPI KURANG FAHAM KEKASARAN AKU. DAN AKU PULA KURANG FAHAM KEKERASAN HATI KAU.


hidung comel: aku ttp syg kau sampai mati :D
Persekitaran yg kondusif, tenang, dan tidak sesak memberikan suatu kepuasan.
Please carikan aku satu!!!!


Down down down: u pegi masuk kubur la!

blablabla

kalau anda pernah pergi ke gelanggang dan lihat entri2 bongek aku. dan jika ada yg sama atau hampir sama *mmg ada pon* dgn entri dlm blog ini. maka, anda mmg berada di tempat yg betul. ini lah provinsi aku. Sang Aridza Bata Merah. ececeh. tak boleh belah betul *paling baku dalam dunia*.



heheh~

melayan jiwa yang sentimental

kambing
nasib je kau berbaek ngn aku hari ni
dan tak cari pasal sikit pon
untung lah kau sbb aku jadi admirer terbaek kau
*kau suke tak weh?*


kambing. *duhai pujangga*
baek x aku buat entri psl kau?


*wei lu gila ka shout name gua kambing*
*lu panggil aku gajah comel boleh plak*
*lu mmg gemuk mcm gajah tapi lu comel*
*celake la kambing. aku x gemuk arh!*

tgk tu
hari hari cari pasal ngn aku
haish```
jiwa ohh jiwa
terlalu sensitif la kau zaman skrg
usik sikit, dah nangis
congek congek
emo sakan kau hari ni
tp bile kambing tade je, terus jiwa jadi kacau
tak tahu la kenapa manusia mcm kambing boleh muncul dlm hidup aku

*kau manusia ke kambing?*
*lah. lu tak tahu ka? walau lu org panggil gua kambing. gua lelaki sejati yg kacak jiwa raga*
*mls aku dengar kau mengembek hari2*

tapi kan kambing
kau juga buat jiwa aku tenang
*hakikatnya ketenangan itu aku peroleh dari DIA*
Tuhan
terima kasih kerana beri aku peluang lagi
untuk bersemuka dengan kambing yang kadang2 buat aku sakit hati
KAU lah PALING terbaek ya TUHAN
sungguh

KAU beri aku kecelakaan
supaya aku berfikir dan sentiasa ingat akan KAU
KAU beri aku kejatuhan yang paling dahsyat dan hitam *macam kambing*
supaya aku bangun dan menapak ke hadapan, melangkah jauh ke atas sana
KAU beri aku kesengsaraan dan biar aku hidup penuh kealpaan
supaya aku belajar erti hidup yang sementara dan menyesali segala kejahilan silam

YA ALLAH
KAU lah pencipta terbaik
dan sentiasa menjadi paling terbaik dalam jiwa aku

aku sujud..



pesanan ringkas yang panjang jugak sebenarnya:
wahai kambing. kau tak perlu la tak sedar diri dgn mengatakan *gua tade pun nampak name gua kt blog lu*

dan kau tak perlu jugak ckp mcm ni *lu mmg jatuh hati kt gua kan? sbb gua hitam kan?*

[lah..ade ke aku cakap aku jatow hati kat mu? kambing kambing. sudah2 le mengembek bnda2 yang tak berpekdah ni. cukup2 le kau baca entri aku n kau senyum kat aku pagi2. ni x, asik mengembek je dengan muka yang *nasib kau comel* ahh. malas nak ckp mcm ape. hahaha. kambing, esok teman aku lagi ok. walaupun hakikatnye kau sentiasa menjenguk aku tatkala aku sedang menaip entri untuk kau. cis kambing. p mandi arh. BAU!]



*bgs kambing. teruskan usaha anda menahan diri dari memberi komen kt blog aku. hehehe. sok aku belanja air teh o panas k. bye~*

khas untuk si kambing hitam

lah. pagi2 lagi aku dah nampak kau tepi jalan
memang kau ni betul2 kambing ar
muka kau memang everyday semangat
takat semangat tu aku boley gak buat wey
yg penting aku mandi
dan kau. haram tak berani sentuh air
kan kan?

aku tau kau baca entri aku
tapi kau pure2 tak nampak langsung perkataan 'KAMBING HITAM' ni
kau ni. memalukan warga kambing sedunia tol

ui
sesedap aku lintas depan kau
kau pun terus mengembek
*as usual*

wey. apasal muka lu emo gilak hari ni?
cibai lu kambing. aku emo sbb kau ar.

apasal sbb aku plak?
lu tade semalam. dah ar kerek.

haha. relax ar beb. hari2 lu emo. k2, gua lunch ngn lu
blah ar kambing. tanak aku. tuih~


hai la kambing
aku memang emo ar skg
carut2 hari2 perkara biasa
tape ar kambing
sory en
aku tak pat ekot kau ar today n hari2 lepas ni

bye2 kambing
kau jgn perli aku dpn membe aku lak k
*ade org suke gile kat kambing woo*

aku dgr je ayat tu.
terus je aku siat2 and lapah badan kau buat kari
walla~
*nasib je aku geli. heh*

di mana dia, anak kambing saya?

hesh~
pagi2 buta begini
memang buat aku sesak nafas
sbb aku menunggu si kambing hitam
tp x kunjung tiba *sigh*

weh kambing
kenapa kau tade eyk mlm ni?
aku bosan gile kot
cari kau merata tapi bayang kau langsung tak jumpa

kau marah aku eyk kambing
jangan la weh
aku bosan dow kau tade

hari2 aku tunggu kau tepi jalan sana
wey2
aku rindu ni
tanpa segan silu
aku post entri kt sini
terang2 pasal kau
kau x rase bangge ke kambing?
*ngilu pulak gigi aku*

plz lah rase
hehe

kau sengaja lari dari aku kan
annoying ke aku?
kau lagi la annoying
sejenis kambing je pun
dah la x mandi
hitam la pulak
tp aku tade hal la weh
x kesah je dengan kau

bes dow borak ngn kau kambing
esok dtg lagi ye
kali ni aku ajar kau keyboard
amacam wey?
ok kan kan.
tu je aku mampu weh.

ESOK kalau aku tak jumpe kau otw aku pegi lab
siap la kau
aku tanak kawan dgn kau lg
*huhu nada merajuk*


mbekk~~~ kt kambing hitam
sayang gile aku kt kau

^______^

Thursday, October 29, 2009

Duhai pujangga

Ruang lapang hana ini
Buat aku ingat kamu
Terus hati jadi sayu

Seloroh
Lafaz
Dan hembusan nafas
..kamu
Buat aku terjaga dari lena
Segera aku tinggal alam maya yang mengalpakan
Tatkala khayal cinta kamu menjengah
Walau aku sedar
Ini benar benar menambah layap fikiran aku
Benar
Aku suka
Ya. Memang sekadar suka

Duhai pujangga
Teruskan khabar puisi jiwa lara
Jangan henti tulis dengan tinta ikhlas
Biar jauh hati kita
Pesan kirim pada angin lalu
Agar sampai berita pada aku

tukar nama

hahaha.
kiut ape?
sik ku lalek

:p

Kebongekan aku buat kali yg ke seratus lima puluh tujuh kerana bercerita pasal kamu

aku tak tahu tajuk ape yg sesuai. haha. ye ye penulisan yg penuh dgn kebongekan. sekian.

Aku..
Masih tak tahu apa yg dia mahu
Kenapa kau terlalu kosong
Dari awal aku menulis
Kau jadi subjek utama
Terus tak mahu ungkap kata
Langsung tak mahu bongkar cerita
Apatah lagi mengurah rasa
Yang sekian lama kau simpan entah jadi apa

Dan buat entah ke berapa kalinya
Kau jadi hambar lagi
Rajuk kononnya mengadem diri
Kosong tak perlu aku ulang berkali kali
Jumud benar keadaan ini
Langsung aku tak tahu punca apa

Aku lihat muka ini
Hambar. “Aku jiwa mati”

Aku lihat muka itu
Kering tapi minta simpati. “Kenapa kau tak peduli aku?”

Aku lihat muka sana
Tandus. “Kau cari apa?”

Aku lihat muka hujung sinun
Er.. Sumpah emo gila.


Perasaan aku hilang lagi.



*sunyi dan aku masih lagi berfikir*


Aku perlu waktu lagi?
Aku jerit kuat kuat pun masih tak ada siapa peduli
Makin lama waktu aku perlu
Makin benci aku lihat wajah beku kamu
Dan makin lama aku beri waktu
Makin jauh kau tinggalkan aku

Sungguh
Biar rasa ini aku simpan seorang
Sakit jadinya
Biar rindu ini aku kemam sendiri
Akan terluka sekeping hati
Biar sakit ini aku cuba ubati
Kesannya menanti berhari hari


*Fikir*






*Diam dan mencari arah*


Lerai lah kau dari kebekuan yg kian menghampakan aku
Biar nipis
Biar kau cair
Biar jadi air yang mengalir
Biar melimpah serata bumi
Biar semua itu lerai dan kau jadi berat dengan isi
Bukan kosong walau sebesar zarah pun kau tak mahu ada dlm diri
Tolonglah
Untuk kali ini saja
Cerita apa yg terpendam jauh dalam lubuk kalbu
Supaya dia tak lagi menunggu kegabiran jawapan kau untuk seterusnya
*gabir tu membuatkan aku ketawa pecah perut. Layan je weyh!*

Cuma kali ini
Aku mahu yang kosong itu binasa
Asal kau dapat tutur kata seperti sediakala
Sumpah
Aku turut…
Aku ikut…
Segala galanya

Sunday, October 25, 2009

telefon. kenapalah bunyi kau bising sgt?

*tajuk entri ini berkaitan dgn telefon rumah yg bingit bunyi nye. entah sape la asik kol. mesti budak rumah sblh nak ajak cousin aku maen kt luar ni. heyh budak2. cud u plz stop phoning me? sakit telinga i yuu~*

jalan kaki
jauh lah pulak
memangla tak tahan mcm *blablabla*
tak apa
janji senang hati

langkah kosong ini aku bawa hingga hujung jalan

selesai dan saya gembira

ada beberapa entri yg perlu di sorokkan buat seketika
maksudnya pada muka lain [tahu kn?]

sbb hubungan kami dah kelam
langsung kelam mcm langit di luar sana [skg nk hujan kot kt sini]


oh sumpah hidup sangat x bes lepas ni
what to do
satu2 jln penyelesaian yg ada
adalah...

BERPECAH



we sell energy star: lebih baik diam dan buat kerja :)

kepada encik midin

yeah.
kamu mmg hebat.
haha.



utk yg lain:
nama itu bukan rahsia.
sbb nama tu untuk suka2.
anda juga tahu siapa saya.
:D


haish~

sudah

lambaian itu
untuk terakhir kalinya
dan tak akan pernah kembali seperti selalu

yang sudah itu bukan lagi mimpi
tapi realiti dan waktu yang tak mungkin dapat diputar kembali

biar ia selesai di situ
biar lenyap dari pandangan mata
biar sunyi segala kenangan di minda
biar sudah semuanya

Friday, October 23, 2009

perlu

ini untuk beri aku ruang supaya aku dapat berfikir
supaya aku dpt lepas segala kesakitan yg tersekat dlm minda
sbb letih berfikir
*waddehek*

dan paling penting
supaya nampak lebih formal
walaupun kdg2 tidak

kalau kau kenal aku pun
apa aku kesah
cuma nama aku guna mungkin buat kau rasa *dia ni perasan sial*
like i care
ada mak bapak kau bayar aku untuk letak nama tu?
tak kan?
so lebih baik kau diam
atau tak perlu singgah langsung
itu lebih baik

*senyum lebar*

nama itu
memang sejak dulu lagi aku guna
itupun dalam gelanggang lain
sebab itu juga yang orang sebut sebagai aku
jadi itu mmg aku
sentiasa jadi aku
faham?

aku tak pernah berontak cerita kau
jadi shut up
dan jangan sibuk badan

wokeh..!
gua chow dlu

heh`

Thursday, October 22, 2009

k o s [ong]

lilin.
bakar diri.
rela ye?
mmg tugas.
apa aku kesah.

telefon yg aku bimbit.
aka telefon bimbit.
heh. bodoh gila.
campak ke tingkat bwh la senang.
sbb x thn tgk msg si bangang.

ubat.
telan terus.
walau benci.
tak apa. biar cepat sembuh.

luar gelap.
hujan lebat.
selamat dtg manusia.
ke dunia akhir zaman.
semua kejam.
jahil bertimbun mcm gunung ganang.
yg baek ada.
tinggal sedikit jadi busut kecil.
*sbb Tuhan lebih syg akan mereka*

kabus ribut.
itu lagu kegemaran.
bila dia dendang. terus rasa tenang.
tp itu dulu.
sbb dia benci aku.
jadi lebih sempurna hidup seorang.


hati.
kenapa diam?
kau benci apa?
makin sukar untuk kau bicara sekarang.


akal cepat fikir.
itu perlu.
walau kau lembab tp aku ttp tunggu.

hmm

diam


lama fikir


lantak lah~






under your spell again: aku ini kosong.nak fikir pun susah.

sesuka jiwa dan raga

baru perasan.
gile la panjang entri aku tadi.

maaf. mood gila meraban sekarang.
aku mahu pulang jumpa bonda.
dan gerak ke indon sama sama.
hee~
rindu mahu berjalan jalan sama
;)

sumpah tak boleh duduk diam!

gile la. sakit jiwa kalau x menulis.

cuma nk lepas sikit saja geram.
untuk amir dan fadzili.
korang berdua mmg la waddefak!

aku stres kn lagi.
fak yu lah!
gile x tahan aku dgn perangai korang.

mati hidup blk pun aku tanak jadi kwn korang.
sumpah wei.

amir.
aku x tahu la if bnda lps still buatkn kau cari aku lagi.
tp dah lepas kan.
kite kawan lah.
bukan salah aku pun ckp mcm tu.
kau yg salah pilih jln.
kau sendiri ckp.
jln kau salah.
jadi bukan slh aku kn?
aku dh bagi kata pututs dulu.
kita jd kawan smpai mati.
tp semalam kau jadi lain.
sbb tahu cerita aku dgn ****
haissh~~~~
x perlu ulang la kawan.
yg penting, dia ada dgn kau dan x perlu pun kau betray dia.
aku harap kau faham itu.
titik.


untuk kau fadzili.
aku boring tahap gaban.
tapi aku layan je mula2.
sbb kau kan senior sekolah.
konon nk tahu cerita lama.
perlukah kau x knal aku?
[ini bkn mslh sebenar]
aku rasa kita kawan saja.
tak pernah aku kata suka.
sikit pun tidak.
dan kau tak perlu la meminta minta mcm org gila.
dan kau juga x patut ckp kau 'single'
sbb 1 dunia tahu kau mmg 'in a relationship'
hakikatnye.
x perlu langsung kau berbaik dgn aku.
maaf.
aku rasa kau bkn manusia baik dan benar2 ingin jadi kawan.
maaf lagi.
sbb aku dah block kau dr muka buku aku.
haha.
aku harap kau faham yang aku kurang gemar lelaki mcm kau.
titik.


itu cerita semalam.
mmg aku x dpt terima.
sumpah!



***
yang ini pula cerita lama.
suatu ketika dahulu.
ada seorang perempuan.
memang biasa.
kalau lelaki pandang langsung tak rasa apa.
sbb perempuan ni budak baik.
kononnye lah.
[ade korang tahu dia ni wasted gile dkt dorm??korang tahu ape je?]
tambah pula dia mmg kerek tahap cibeng la ngn kaum2 adam.
*sbb diriku begitu berharga. hahah!*
lagi la korang lelaki2 satu sekolah tak berani nk cuba kenal2.
apetah lagi berani nak borak tanya itu ini.
woi2.
perempuan ni x mcm tu.
cuma jengkel lihat perangai kamu lah.
cth mcm aku sebut kt atas tadi.
ada juga beberapa budak laki yg mmg langsung dia x boleh nak in.
sumpah wei.
perempuan ni x kerek.
mungkin sbb muka lawa dia yg sombong tu korang terus sound bukan bukan.


ok whatever la.
aku malas nk cerita panjang sampai penuh page.
tapi perangai korang mmg buat aku jengkel.
sampai aku terpaksa tinggal kerja2 extract dna kt lab.
sbb aku rs sangat jengkel kalau aku x tulis.
kurang sikit kot rasa jengkel ni bile aku menulis :p


ok sambung.



kemudian.
tak berapa lama.
perempuan tu pindah sekolah jauh kat sinun.
*x perlu sebut nama sekolah ok. aku offended gile. haha!*
since that day.
korang rase kehilangan pulak sbb perempuan kerek ni dh tade.
cis.
perlu ke mcm tu?
bile jumpe je perempuan ni, semua serbu bagai nak gile.
tanya itu ini.
x pulak korang malu ye?
masa ni tade pulak yg mulut busuk ckp perempuan ni kerek.
perempuan ni layan je sbb korang kan kawan dia.


habis cerita bab sekolah.
bile dh besar. semua dah belajar tinggi2.
semua pakat berubah kononnye jadi lebih kacak. cantik. bagus. dan hebat.
kan kan?
x pe. biasa la tu.
masa ni.
aku sgt hairan.
kenapa lelaki2 yg mcm fadzili x pernah lgsung recognize perempuan kerek yg skg dia suka bagai nk gila?
ada lg beberapa yg terus dan tiba tiba berbaek dgn perempuan kerek ni.


sini korang. aku nak bisik kuat2.


korang suke sbb perempuan kerek tu lawa gile dr perempuan korang kan?
korang suke sbb dia cantik mcm model?
korang suke sbb dia stylo gile mcm hayley williams?
korang suke sbb dia byk duit dan senangla korang shopping tahap professional?
korang suke sbb akal fikiran dia tahap A++ dan ada ms depan?
korang suke sbb dia nmpak perfect dari segala hal?
wak lu la korang!


sini lagi.


dulu, perempuan yang korang kata kerek ni la korang ckp muka pesek.
body x lawa.
langsung korang x pandang.
dan lagi.
perempuan ni x popular mcm awek2 korang ms kt sekolah.


dekat lagi aku nk cerita.


sekarang pandai pula korang terkinja kinja dtg cari perempuan kerek ni.
dulu kan dia biasa2 saja.
tp skg stylo mylo kalah hayley williams dan lady gaga.

*haha!*

korang ni...
waddehek sungguh.
pantang nmpak yg bes bes terus grab buat harta.
cis.
korang ingat korang bes ke.


perempuan yang kau kata kerek tu pun ada hati dan perasaan.
nk diterima mcm biasa.
bukan atas sbb diri dia yg luar biasa.
tolongla faham anda anda sekalian (walau ayat ini melewah. aku kesah ape?)
bnda mcm ni x boleh bawa sampai mati pon.


perempuan tu pun sedar.
dia x punya apa.
yg ada hanya hidup sekarang yg perlu diteruskan.
perlu ditambah power mower so boleh la dia tabah berdepan dgn masa akan datang.
korang ape tahu?
cuma tahu mengganggu gugat hati dan perasaan dia
tolong jgn spoil okhay
jgn jadi sibuk badan dan sebar2 gosip liar.

kalau korang suka.
ckp suka.
biar seikhlas hati.
jgn terlalu desperate sampai sanggup lepaskan org yg korang cinta sbb nk dapatkn perempuan yg dahulunya korang x pernah pandang. sbb skrg dia dah popular seantero Malaysia.







tolongla korang.
heh~

Wednesday, October 21, 2009

untuk kali ini

lama x jenguk halaman redbricks
bukan x sudi
cuma sibuk dgn beberapa kerja yang belum mampu aku selesaikan
ya ya semua org bizi
sibuk betul dgn FYP. dan paling penting final exam yg hampeh

mungkin aku terpaksa diam dan sepi buat seketika
aku pilih untuk begitu
sukar untuk aku buat byk kerja untuk 1 masa
akal dan penerimaan aku mungkin x sehebat insan lain
aku lemah dan mudah stress

*alamak, ter-reveal suda :P*

apa2 pun
aku gembira dgn coretan yg lepas
kerana ada pihak yg menghargai tulisan aku yg sgtlah pincang ini
tak sehebat tulisan otai otai puisi

walau apa pun
aku masih belajar
dan cuba untuk berdikari dlm bidang ini
dan...

harapan aku tinggal 1
apa?
nanti2 lah aku beritahu anda okhay :)

aku syg anda semua
terima kasih krn setia bersama dan menyokong aku walau di mana jua




*sesungguhnya. ini bukan halaman utama aku. di halaman lain [atau lebih sesuai di 'term' kn sebagai gelanggang peribadi], aku tak begini. kurang ayat2 baku :P*

Saturday, October 17, 2009

untuk mereka yg sentiasa ada bersama...

hidup kita x sentiasa tenang, indah, sempurna.
setiap dugaan harus dikawal dgn perasaan sabar.
bukan berhempas pulas memaki hamun ujianNYA.





kawan,
aku salah dan aku sedar.
ampun dan maaf aku pinta atas segala kepincangan diri ini.

ini untuk ayah

maafkan aku ayah
kerana selama ini aku jrg ambil kesah

ayah,
x pernah sekali aku benci akan kau.
cuma kekhilafan kau buatkan aku jengkel.
rasa marah sampai aku lupa diri.

tapi kau,
x pernah sekali lupa akan kami.
terutama aku.
bagi kau, aku anak sempurna.
segala kemahuan aku kau turuti.
walau aku paling kuat berontak tika aku benci.

ayah,
maafkan aku kerana selama ini aku sepi.
bercakap pun x mahu.
apatah lg bertanyakan khabarmu.

ampunkan aku ayah.
jangan pergi selagi aku belum kembali.
kalau boleh, biar bertahan buat selamanya.
aku doakan agar kau sembuh, sihat dan aktif seperti dulu.
maafkan aku ayah.
aku x pernah benci.
cuma yg lepas itu, dan kesakitan ini, susah untuk aku terima sampai mati

aku janji.
akan aku beri lagi pencapaian gemilang ini.
dan x kan pernah berhenti selagi nyawa ini belum habis dimamah langit dan bumi
sumpah ayah.
untuk kau, adik, dan ibu.
cuma setengah tahun lagi.

Friday, October 16, 2009

Dota itu pemusnah cinta

Cubalah faham
Aku cinta kau seorang
Tapi kau buat x layan
kau fikir aku apa?
Batu bata jadi dinding rumah kau kah?
Atau tayar kereta yg selalu bergeser dgn jln raya?
Mungkin juga jamban kotor penuh *blabla* yang x ada siapa peduli.

Haha.
Aku gurau lah sayang.
Aku tahu kau suka.
Aku tahu kau cinta.
Cuma kau busy mcm nak gila.
Dgn asgnment, exam dan dota.

Benda lain aku x kesah syg.
Serious x kesah tahap gaban
Tapi dota yg paling aku pantang.
Cubalah faham
Jgn tinggal aku sorang Terkial kial tanpa bayang2.
Hm~






*dota=dunia org tanpa awek???*

Thursday, October 15, 2009

suka suki

susah.
idea dah banyak hilang.
kau tahu kenapa?
projek banyak, kertas kerja x payah cerita la.
tinggi mcm gunung ganang.
kdg2 meleleh gak air mata keluar.
aku x menangis ok.
cuma jakun tgk skrin sampai susah nak pandang tempat lain.



payah.
aku sesak dan suntuk gile sekarang.
kau tahu kenapa?
money dah kurang sebab aku shopping sakan.
kadang2 meleleh gak air mata keluar.
aku x menangis sbb duit jalan mcm air ok.
cuma bergelak ketawa berdekah dekah tgk bil kat tangan.



palat je minggu ni.
haha.
banyak uji kesabaran dan mengetest nafsu beta.
:D

Monday, October 12, 2009

masa anda hampir tamat

x pe. aku redah je.
letih dah nak jadi yang hebat dan di atas.
turun bawah pulak.
act biasa biasa.
haha.
boleh pulak~

xpe. asal diri rajin dan buat kerja.
mesti boleh punya!
:D



esok Selasa: *aku suka keadaan aku sekarang. hidup bersama final year project tercinta. korang pun mesti sama bukan??*

Sunday, October 11, 2009

betapa

betapa seksa jiwa barang yg dicari belum aku jumpa.

betapa sakit akal bagai nak pecah bila fikir kerja belum mula.
itu belum lagi fikir bila tengah kerja.

betapa sesak dada bagai nak tercabut nyawa tika aku cari jalan selesai tapi jalan mati yang aku jumpa.
buntu otak dan akal beta.
semua dah stuck kat kepala.
heyh berat tak terkata!

[kenapa bahasa yg aku guna makin aneh bunyinya?? haha. suka hati aku la!]




*sambung balik. ehem2*

betapa rindu aku pada abang.
"abang, lambat lagi aku nak pulang"
kerja pun banyak tak terbilang.
haram satu pun belum aku try nak serang.
cis.



dunia.
jangan telan aku lagi.
aku belum sedia.
lepas dulu. biar kerja aku buat sampai reda.


encik mood. muncul lah!
aku dah tak tahan bagai nak gila.


cinta. aku mahu pulang.
walau sekejap biar aku rasa sayang.
janji dapat lepas 'rindu dalam' aku pada kalian.

cepat lah waktu.
aku mahu kau laju.
terus aku mahu ke zaman depan.
biar hilang pahit silam.

eh nanti nanti!
stop dulu.
sediakan aku dengan bantuan dan hikayat-hikayat teladan.
juga teman dan rakan taulan.
biar pengembaraan ini bukan lagi solo.
biar ada aku dan ada mereka.


betapa indah dunia bila semua yang kita hajati datang serta merta.
NAMUN............
betapa buruk dunia jika kita-kita berhidup senang-lenang dan sakan berpesta.
sbb hajat yang dipinta muncul tepat depan mata.
betul kan?
hm~
[datang 1 suara: hoi kau. jangan cuba bercermin di air keruh!]


ya ya
aku sedar sekarang.
biar betapa susah aku rasa kali kini.
usaha pun aku rasa payah.
tapi tak apa.
sekurang-kurangnya aku cuba.
:)


*senyum kembali wahai aridza*




heyh~~
hidup 1 Malaysia!!
:DD
[hee..tiba2 ja]

cinta perlu apa?

satu cerita aku baca suatu ketika dahulu.

tentang cinta dan waktu.

waktu butuh cinta, cinta butuh waktu.



***

kekayaan itu x perlu.

namun ada guna bila kosong saku.



kecantikan megah jiwa dan dirinya.

tapi jika cinta itu kotor, pincang sini sana.

ada kau sanggup terima wahai kecantikan yang jelita?



kesedihan itu emosi.

selalu sendiri.

konon berdikari.

akhirnya rosak diri.



bahagia itu enak tapi cuma seketika.

kalau bahagia, ada gembira.

gembira itu hidup, orang kata.

tapi gembira selalu penting diri.

selalu saja lupa.

***



tuntas cerita:

waktu amat perlu. x kira berapa lama. tapi tetap ada.

cinta itu kasih. kasih itu sayang. sayang itu perasaan. naluri kita.

kita ambil waktu untuk luah cinta dan waktu sangat perlu bila kita rasa seksa sebab cinta.

hanya waktu yang tahu berapa nilainya sebuah cinta.









lumrah hidup: ini perkara biasa. yg lain itu perlu juga. namun, semua itu sementara dan jika diguna sebaiknya, x akan terpesong sini sana :)

Saturday, October 10, 2009

kenapa mati dan tinggalkan kami?

semalam:

cookies sedap aku jamah atas katil jatuh.
berterabur dan hancur.
aku ingat, bicara aku tentang ayahnya.
ampun abg. saya x sengaja. sedih sgt sampai x dpt cerita.

abg tahu apa, slps bunyi kompang dipalu rupanya ada tragedi pahit bg kami.
belakang rumah, riuh dan girang sekali aku dgr suara kanak2 peryatim.
semua sibuk dgn preparation hari esok (ahad).
ramah tamah aidilfitri.
ustaz berkali2 jemput kami.
"kita duduk semeja ya"
aku ingat. ayat itu asyik sgt kakak rumah ini ulang.
walau aku x rpt dgn ustaz dan mengaji pun kurang (under ustaz) sbb aku jrg pulang.
tapi. jauh di sudut hati, aku excited sgt utk hari ahad ni.
itu jemputan terakhir ustaz.
dan solat hari raya 1 Syawal lalu, adalah kali terakhir dia imamkan.
adik aku sempat bertakbir bersama ustaz. juga sepupu2 yang lain.
kami ibarat keluarga dan amat rapat.
ustaz lah org pertama dtg rumah lepas solat.
siap bersampin dan sgt bergaya.
tp anak2 ustaz, masih malu2 kucing semuanya, mungkin masih belum terbiasa.
rupanya, itu kali terakhir kami beraya bersama.
sedih. hanya Tuhan yg tahu.

ustaz org jauh.
dari indonesia tp menetap d negara kita bertahun lamanya.
status pun dh warganegara Malaysia.
langsung x ada saudara di tanah kita.
isteri dan anak2 pun sama. hidup lama di bumi kita, cuma bahasa yg beza.
(isteri & anak ustaz masih ada slanga bahasa seberang)

aku ulang kejadian semalam.
2045:
lepas mengaji ustaz ckp mahu pulang.
ustaz x boleh lama.
sbb nak mengajar budak2 di belakang.
ustaz minta pd kakak. air limau sundrop 1 tin.
katanya nak bawa pulang.
dia kata sedap. x mcm air tin yg dia beli sendiri.
(kami di sini, kalau raya, air tin dan botol dah jd tradisi)
cara ustaz cakap macam nak berjalan jauh.
padahal rumah ustaz dlm kawasan peryatim belakang rumah.
kakak tawarkan tin lebih, tapi ustaz x mahu.
katanya cukup untuk dia seorang.
ustaz pulang. dan kami bisu. kosong dan fikir pun x mampu.



....
enak aku mkn cookies ats katil, aku dgr telefon berdering.
belum sempat aku jwb, bunyi dh hilang.
kemudian haziq dtg bawa berita.
ustaz pengsan di rumah, langsung x jaga.
aku fikir x ada apa walhal dlm hati terus berdoa.
*sambung main facebook*
sekali lagi telefon berdering.
kali ini serius.
ustaz dah x ada.
pergi dan tinggalkan kami selamanya.

"aku ingat kakak kata.
ustaz cerita dia letih sepanjang minggu.
letih uruskan aktiviti anak2 yatim belakang rumah.
mungkin dia perlu rehat yg cukup.
dan sbb itu aku x risau dia jatuh pengsan.
aku fikir x ada apa.
tp aku slh."
....


air limau, cerita dan nasihat.
itulah kenangan terakhir kami bersama arwah.
sungguh.
aku x sgka ini yg bakal terjadi ketika aku pulang.
3 minggu lepas, nek ahim tinggalkan kami.
dia atuk saudara paling sporting dlm dunia.
ajar kami mengaji juga.
tp lepas dia sakit, jarang dtg rumah.
sbb tu ustaz ganti dan ajar kami.
sgt x sangka. lepas nek ahim, ustaz yg pergi.
aku langsung x sempat jumpa nek ahim sbb aku bz sgt dgn silat dan fieldtrip.




***




mlm tadi kami lawat jasad ustaz yg kaku.
wajah putih. bersih amat.
mungkin dia gembira pergi dahulu.
tugas ustaz sudah selesai dan tiba masa utk kami berdikari.
Tuhan sgt sygkn ustaz.
alhamdulillah ustaz selamat dikuburkan pagi tadi.
aku x sempat pergi sbb aku lewat bangun.
mlm lps pergi hospital, aku bersengkang mata ats katil buat assignment.
tidur pun lps subuh.
aku ingat aku boleh bangun. huhu.

cerita org, kubur ustaz, tanahnya putih amat.
x mcm tanah kubur sebelah; tanah biasa yg basah dan gelap.
mmg tanah mcm 2 kn?
tp tanah ustaz beza.
putihnya lain.
itu kuasa Tuhan.
kita sebagai manusia ambil iktabar.

"Ya Allah, tempatkanlah roh ustaz dlm kalangan hambaMu yg soleh."









kisah aku:
2005, tahun spm;
juga tinggalkan kesan amat mendalam bg aku.
adik ibu, udak tinggalkan kami.
wanita tabah yg aku syg selain ibu dan usu.
aku hampir hilang akal ketika itu.
bagi aku, dunia gelap.
seminggu udak pergi,aku pakai semua hitam.
hati aku x tenteram. dunia sekeliling juga seram.
mlm dtg bawa celaka. aku takut amat!
mcm ada yg tak kena. smpai skrg aku x tahu kenapa.

cookies hitam Famous Amos paling aku suka :D

utk abg:

"jgn bg muka pd bangsat2 yg mmg terang2 x berguna. kita bukan dpt apa. once dia baik ngn kita, mst ada makna. bukan lah terlalu pesimis; sbb kita selalu kena sindir sinis, tp kita still jadi optimis. x salah berbuat baik sesama org dan bagi peluang. cuma kita perlu jaga juga kadang2. jgn biar dia terlalu tunjuk kuasa dan kita pula jadi hamba. ok syg? saya tahu kmu x mcm tu. peringatan sesama kita sbb manusia ni x pernah sunyi dari lupa dan kdg2 serong tatasusuila :))"

Friday, October 9, 2009

budak zaman sekarang-aku rasa sgt menyusahkan

kadang kadang bengang juga aku. tp tu lah, sakit hati x perlu cerita lah beb. org selalu ckp "kau x perlu la gaduh ngn budak2. biasalah tu" tapi aku x boleh tahan dow. sbb mereka ni banyak akal dan x bodo.

sebagai contoh. sepupu aku yg berumur 9 tahun. budak cerdik, pintar, dan memang cun :p
tapi aku pelik kenapa kalau buat kerja (homework la) x independent pun.
aku kecik2 selalu jugak menyusah org tua tp kalau bab kerja...sendiri punya hal la.
bukan x nak tolong.
bila dia tanya.
mcm biasa, aku jawab la.
tp beliau selalu mcm kurg consider dgn jawapan bagus aku.
sebok je nak peningkan kepala.
orang dah bantu, bersyukur je la.

HAHA!

kalau x pandai lain cerita.
waktu kecik x pernah pula mak aku tunggu aku buat kerja.
otak aku jalan sendiri.
kire bagus la ada juga otak orang lain yg dia dapat cari (mksudnya otak aku).
jawapan aku bagus tahap dewa tp dia tak nak percaya.
mungkin sbb terlalu bestari sampai susah nak terima jwpn yg diberi.
hangin juga aku.
kerja pun belum siap ni.
kena layan budak emo yg merengek nak minta ajar.
adoi la!
x kuasa aku nak layan.
sbb tu kalau orang tanya pasal anak...aku mmg anti gila
kalau boleh, x ada anak pun x apa.
tapi semua tu kan rezeki Tuhan. Dia lagi berkuasa kan :D




TAPI
memang serious la aku x boleh tahan (juga layan!)
adakah memang budak zaman sekarang banyak songeh dan menyusahkan?
atau itu mungkin kerenah yg sengaja dilakonkan?
sbb mereka selalu minta perhatian??
begitu kah? ahh musykil.





ketuk pintu: yang pasti. aku mmg tertekaaannnn... :P

kerana kucing

aku excited gila.
pulang rumah x fikir masa.
sampai je semua org x ada.
senyap.
tapi lampu menyala.
aku panjat pagar sbb excited gila nak tengok nadeeya dan nadeen.
huh.
pintu kunci pulak.
x sabar betul.
call rumah, langsung x berangkat.
tunggu aje.
lepak kejap kat meje. [maaf, kurang baku]


tunggu.









tunggu lagi.

*kerana bosan, aku mula menggolekkan diri di lantai depan*


hujan pulak. sabar.
hari dah gelap.
tempat aku, 6.28 (ptg) dah mula orang sembahyang.
tunggu lagi. lama pun x apa.
siapa suruh x sampai berita.
kalau org rumah tahu, mesti tinggal kunci punya.
salah sendiri la~

makin lama makin gelap.
nasib ada nana.
kucing putih luar rumah.
hihi~


aduh. malam ni malam jumaat dowh.
cepat la sampai.
aku dah cuak tunggu kat luar.
hari dah makin kelam.
lama aku pandang rumah.
huh. banyak pulak cerita yg menerjah.
"rumah agam ni kalau senyap memang seram".
orang di luar pun kurang.
ada la jugak yg lalu lalang.
tp boleh je aku bilang.
[x byk la tu]

nyamuk banyak ni.
sana gigit. sini gigit.
kau ingat darah aku free? [mahal dow]
kalau derma darah mmg aku ikhlas nk bagi.
tp kalau kau, xde maknenye ikhlas aku ni.

sengsara.
hampir jam LAPAN. baru orang datang.


LEGA!



**
petang tadi pun aku sakit hati.
walau aku suka kerja yg diberi.
tapi kalau kena bebel x henti.
kena extend dan delayed lagi.
mmg la aku benci. haaish~
**



x habis lg kerja aku.
masuk rumah sempat la suap nasi beberapa sudu.
sbb aku 'rush hour' nak ke kampus.
drive sorang lagi, ah mampus~
xpe. barang baek punya hal.
aku redah je.
semua ni sbb nadeeya dan nadeen la.
kucing yg baru *** beli.
kiut....
mcm kucing dlm iklan hitachi :D

[kau ingat lg, dlm 10 ke 12 thn yg lepas? iklan hitachi ni selalu muncul d tv. ada kucing comel. kiut sgt dan mak aku sebut kucing hitachi. ala, bulu typical local cats je. hitam dan ade belang sikit..dpt byg??hehe]



hujung jari: 3 entri sebelum ni, dh aku post 2 hari lepas. hakikatnya, kesulitan dan kemerepekan telah berlaku dan menyebabkan blog aku terjerumus ke kancah *bla3*. jadi aku delete. dan buat semula. xpa. entri baru 3. haha. kalau beratus, ribu ribu. mcm mn ye??

sedar suda?

aku objek atau apa.
langsung kau x peduli.
telinga. dengar aku nak bercerita.
hati aku sakit.
madah aku x siapa peduli.
semua buat bisu.
langsung buta tuli.
pekak badak juga.
sakitnya.
kejam ya kau.
langsung biar aku seorang diri.

kau pun tahu.
aku kan perempuan.
jangan layan aku mcm orang x ada perasaan.
kau cinta aku bukan?
kau kata kau obses.
lagi, kau tahu apa?
aku hawa. tulang rusuk sang adam.
hati perlu jaga.
cakap mesti bertatasusila.
aku lemah.
kau sedar itu.
tapi kau langsung pinggirkan aku.
huh!






nyawa dan jasad: kami perempuan pun selalu consider lelaki dlm semua hal. hm.

cik hati. jgn kau pergi.

hati. yg selalu bermadah tak henti.
kini kosong langsung.
sepi.
bicara cik hati mati.

"duhai cik hati.
apa rasamu.
apa mahumu.
luahkan padaku.
agar rasa kosongmu terisi dengan madah indah aku.
siapa tahu kalau aku boleh membantu.
mungkin kita patut berkongsi.
tentang rasa yang kita rasai."

oh hati.
siapa tahu kalau sang aku itu mengerti.
sang aku punya akal wahai cik hati.
biar dia tafsir rasamu.

duhai sang akal yg x henti mencari erti.
bantulah cik hati yang kian sepi.
jangan biar dia sendiri.
jangan kau biar bicaranya mati.
cari jalan. beri ruang. pantas sang akal.
cepat lah kau berputar. kisar kisar segala memori.

wahai sang aku yang suka berbudi.
membantu tak kira waktu.
jangan biar cik hati keras membeku.
tanpa kau sang aku, cik hati kaku.
sampaikan rasa cik hati ke akalmu.

oh cik hati.
luahkanlah apa yang terbuku.
jeritlah kalau kau mampu.
biar semua dapat membantu.
jangan kau diam membisu.
mulakan bicaramu.
supaya mereka tahu.
aku orang baru
wahai cinta :)